Bank Islam Urus Dana Wakaf Masjid Kuin

Diterbitkan: Selasa, 2 September 2014 5:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Universiti Kolej Insaniah (KUIN) telah melantik Bank Islam Malaysia sebagai rakan kongsi strategik untuk menguruskan dana wakaf yang akan digunakan untuk membangunkan sebuah masjid.

Satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama dalam projek "Dana Wakaf INSANIAH" itu ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada 25 Ogos.

Dana itu terdiri daripada sumbangan orang ramai, termasuk individu, agensi kerajaan dan syarikat swasta, dan kos pembinaan masjid itu dianggarkan berjumlah kira-kira RM15 juta, demikian menurut satu kenyataan oleh Bank Islam dalam satu kenyataan pada Selasa.

"Pembinaan masjid INSANIAH ini merupakan satu langkah ke arah memperkukuh kedudukan KUIN sebagai sebuah institusi pengajian Islam terkemuka di negara ini," kata Rektor KUIN, Datuk Mohd Yusof.

Masjid itu bertujuan memenuhi keperluan pendidikan pelajar-pelajar KUIN yang bilangannya dianggarkan mencecah 15,500 orang menjelang 2018, di samping bertindak sebagai "Pusat Kecemerlangan" bagi ilmuan Islam dari seluruh dunia untuk berhimpun dan membincangkan isu-isu semasa dalam bidang Islam.

Mohd Yusof berharap dengan adanya perkongsian ini dan sokongan daripada institusi kewangan yang dipercayai, lebih banyak pihak akan berminat untuk menyumbang bagi pembinaan masjid ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat, berkata institusi kewangan itu akan memainkan peranan penting dalam memajukan tanah wakaf.

Beliau berkata kerjasama itu menunjukkan pentingnya instrumen muamalat dan keberkesanan wakaf dalam menyumbang kepada kemakmuran negara.

Beliau menegaskan bahawa kerjasama ini terjalin tepat pada masanya ketika kerajaan menyeru supaya usaha dipertingkatkan untuk memajukan tanah atau aset wakaf.

Sebelum ini, Bank Islam telah menguruskan projek-projek pembangunan wakaf, seperti bangunan ibu pejabatnya sendiri dan Menara Bank Islam, yang terletak di kawasan segi tiga emas, Kuala Lumpur.

Bank itu juga mengadakan kerjasama dengan pemaju harta, UDA, untuk memajukan sebuah kawasan kediaman di Taman Wakaf Seetee Aisyah di Seberang Perai, Pulau Pinang.


Tags / Kata Kunci: Bank Islam , Kuin

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan