suria

AirAsia X Lantik Chew Eng Loke Sebagai CFO

KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd, syarikat penerbangan kos rendah jarak jauh terkemuka, telah melantik Chew Eng Loke sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO)nya, berkuat kuasa serta merta.

Sebagai CFO, Chew bertanggungjawab bagi hal ehwal kewangan dan perbendaharaan, perancangan kewangan dan analisis korporat serta pelaporan luaran dan perhubungan pelabur.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, AirAsia X berkata Chew menggantikan Yvonne Abdullah, yang mengambil keputusan untuk memanfaatkan peluang-peluang lain.

AirAsia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain