CIMB Lantik Tengku Zafrul Sebagai Pemangku Ketua Eksekutif

Diterbitkan: Jumaat, 29 Ogos 2014 11:10 PM

Tengku Datuk Zafrul

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz, bekas Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Investment Bank Bhd, telah dilantik sebagai pemangku Ketua Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd, berkuat kuasa 1 September.

Ketua Eksekutif kumpulan sekarang ini, Datuk Seri Nazir Razak akan menjadi Pengerusi CIMB Group, menggantikan Tan Sri Md Nor Md Yusof, yang akan bersara pada tarikh yang sama.

Pengumuman pelan peralihan kepimpinan itu telah dibuat pada 3 Julai, 2014.

Penganalisis tempatan berpendapat, peralihan kepimpinan dalam CIMB Group tidak mungkin memberi kesan ke atas operasi kumpulan itu dalam masa terdekat.
Tags / Kata Kunci: Tengku Datuk Zafrul , CIMB

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan