suria

Amirul Feisal Letak Jawatan Sebagai Pengarah Urusan CCM

Amirul Feisal Wan Zahir
KUALA LUMPUR: Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) mengumumkan peletakan jawatan Amirul Feisal Wan Zahir sebagai Pengarah Urusan.


Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, CCM berkata, Amirul Feisal meletak jawatan untuk 'meneruskan kemajuan kerjayanya'.

Sebelum menjawat jawatan sekarang pada Oktober 2010, Amirul Feisal adalah Pengarah Urusan dan Ketua Perbankan Pelaburan di Maybank Investment Bank Bhd mulai 2008.

Sehubungan itu, CCM telah melantik Leonard Ariff Abdul Shatar sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutif berkuatkuasa 1 Oktober 2014.

Leonard Ariff akan terus memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Farmaseutikal CCM dan Ketua Pegawai Eksekutif CCM Duopharma Biotech Bhd.

Beliau graduan Univerisiti Monash, Australia dengan ijazah Sarjana Muda Ekonnomi dan Sarjana Muda Undng-Undang. 


CCM, Amirul Feisal Wan Zahir

Artikel Lain