suria

APM Holdings Catat Keuntungan Sebelum Cukai RM37.69 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: APM Automotive Holdings Bhd melaporkan keuntungan sebelum cukai RM37.69 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2014 berbanding keuntungan sebelum cukai RM48.99 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pendapatannya meningkat kepada RM340.00 juta daripada RM338.28 juta setahun lalu, dipacu peningkatan jualan daripada operasi di luar Malaysia, kata syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Pendapatan asas sesahamnya merosot kepada 13.05 sen berbanding 18.17 sen sebelum ini.

"Persatuan Automotif Malaysia telah menyemak semula ramalan dengan menaikkan jumlah volum industri kepada 680,000 unit pada 2014 berikutan keadaan ekonomi yang semakin baik.

"Bagaimanapun, separuh kedua tahun ini akan lebih mencabar di beberapa bidang, iaitu kenaikan dalam kadar dasar semalaman oleh Bank Negara Malaysia pada Julai, saingan sengit dalam pasaran alat ganti serta kemelesetan berterusan di sesetengah ekonomi Eropah.

"Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, kumpulan itu akan berusaha meningkat kecekapan kos, produktiviti dan menjajar peluang pertumbuhan perniagaan baharu dengan pengeluar kelengkapan asal di samping penekanan berterusan ke atas pertumbuhan teknologi mampan," katanya.

Artikel Lain