Axia Terima 6,000 Tempahan Dalam 10 Hari

Diterbitkan: Selasa, 26 Ogos 2014 2:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Perodua Axia, kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Malaysia yang dibuka untuk tempahan di semua pusat jualan Perodua mulai 15 Ogos lepas, menerima tempahan sebanyak 6,000 unit sehingga Ahad lepas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata syarikat tidak meletakkan sasaran bagi jumlah tempahan yang dibuat oleh pengguna sebelum pelancaran rasmi model berkenaan.

"Bagaimanapun, kami amat teruja dengan sambutan menggalakkan daripada pengguna walaupun (Axia) belum dilancarkan dan pengguna belum melihat kenderaan itu.

"Apa yang saya boleh janjikan, (model baharu itu) akan memberi satu kejutan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Automotif Kenderaan Teknologi Hijau anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, Isnin.

Turut hadir Naib Canselor UMP Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim.

Aminar berkata model tersebut akan dilancarkan pada bulan depan dan Perodua menyasarkan jualan sebanyak 8,000 unit sebulan selepas pelancarannya.

Axia merupakan kereta Perodua yang paling cekap tenaga dan berpotensi melalui perjalanan sehingga 21.6 kilometer seliter. Ia juga luas, dilengkapi ciri-ciri unik Malaysia dan kos pemilikan keseluruhan yang rendah.

Perodua Axia berharga antara RM24,900 dan RM45,300 di Semenanjung Malaysia.


Tags / Kata Kunci: Axia

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan