Shell Umum Penemuan Gas Di Telaga Marjoram-1

Diterbitkan: Selasa, 26 Ogos 2014 6:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Shell pada Selasa mengumumkan satu lagi kejayaan penerokaan di Malaysia dengan penemuan gas di telaga laut dalamnya, Marjoram-1.

"Strategi kami untuk meluaskan kawasan kegiatan kami melalui penerokaan termaju di segi teknologi menghasilkan kejayaan besar di kawasan laut dalam di Malaysia," kata Pengarah Antarabangsa Huluan Shell Andrew Brown.

"Kami mempunyai sejarah yang lama di rantau ini. Penemuan sumber gas asli baharu tahun ini menjamin kami mampu menyediakan sumber tenaga pilihan yang menjimatkan, boleh diharapkan dan bersih untuk masa depan," tambah beliau.

Telaga Marjoram-1 terletak 180 kilometer di luar pantai Malaysia dalam Blok SK318, sedalam 800 meter. Awal tahun ini, Shell mengumumkan penemuan gas di Rosmari-1, juga dalam blok sama.

Blok SK318 dikendalikan oleh Shell dengan kepentingan 85 peratus dan baki 15 peratus dipegang oleh Petronas Carigali Sdn Bhd.


Tags / Kata Kunci: Shell

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan