suria

AirAsia Promosi Tempat Duduk Percuma

KUALA LUMPUR: AirAsia kini kembali dengan promosi tempat duduk percuma bagi semua destinasinya dan AirAsia X.

Tawaran berkenaan melibatkan tiga juta tempat duduk untuk tempahan serta-merta mulai hari ini hingga 31 Ogos 2014.

Promosi ini dibuka untuk penerbangan ke pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa dari serendah RM229 bagi tempoh perjalanan dari 1 Mac hingga 25 Oktober, 2015.

Program 'BIG Loyalty' AirAsia juga mengadakan kempen khas untuk pemegang kad dalam tempoh ini. BIG Shots dapat menebus tempat duduk percuma dari mata sifar bagi perjalanan sehala.


Merdeka

Artikel Lain