suria

CMC Engineering Terlibat Projek RM7 Bilion Di Makkah

KUALA LUMPUR: Syarikat kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan, CMC Engineering Sdn Bhd akan terlibat dalam projek fasa pertama Metro Makkah bernilai RM7 bilion di Makkah, Arab Saudi di bawah satu konsortium.

CMC Engineering dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, White Stone Consortium, di mana ia adalah rakan kongsi, berjaya layak untuk membida dalam tender berkenaan.

Tender itu akan dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi di bawah Program Pengangkutan Awam Makkah membabitkan kerja trek, depoh dan sistem kawalan kereta api.

"Metro Makkah itu akan menjadi dorongan CMC Engineering untuk menembusi pasaran pengangkutan kereta api di Arab Saudi serta pasaran Timur Tengah," kata Ketua Pegawai Eksekutif CMC Engineering, Datuk Abdul Rahman Yusof.

CMC Engineering akan menawarkan kepakaran kejuruteraan Malaysia kepada projek Metro Makkah.

Pada Mei, CMC Engineering telah menandatangani perjanjian perkongsian pintar dengan Khashoggi Holdings, konglomerat hartanah dan pembinaan berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi untuk menubuhkan konsortium itu.

Kini, syarikat itu terlibat dalam projek sambungan laluan LRT Kelana Jaya dari Kelana Jaya ke Putra Heights dan kerja pemasangan isyarat Thales di projek sambungan LRT Kelana Jaya dan Ampang. 


CMC Engineering

Artikel Sebelum

Artikel Berikut