suria

Nam Cheong Dapat Kontrak AS$90 Juta

KUALA LUMPUR: Nam Cheong Ltd, syarikat marin luar pesisir global, menjual empat kapalnya bernilai kira-kira AS$90 juta (RM284 juta).

Syarikat tersenarai di Papan Utama Singapore Exchange Securities Trading Ltd dan merupakan syarikat pembina kapal sokongan luar pesisir (OSV) terbesar Malaysia.

Empat kontrak jualan itu telah meningkatkan jumlah kontrak dalam tangan Nam Cheong kepada 29 kapal bernilai kira-kira RM2.0 bilion, kata Ketua Pegawai Eksekutif Leong Seng Keat dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

"Ini jelas menunjukkan keyakinan pasaran terhadap keupayaan kami sebagai pembina OSV.

"Prospek sektor OSV positif, dipacu oleh kadar penggunaan yang kukuh dan jumlah pelantar yang meningkat, menyaksikan kapal-kapal lebih baharu dan canggih untuk menyokong pelantar moden yang membawa kepada peningkatan keperluan kapal bekalan tunda pengendalian sauh (AHTS)," katanya.

Empat kapal berkenaan mengikut kelas Biro Perkapalan Amerika (ABS) dan dibina sebagai sebahagian siri 'bina untuk simpan' Nam Cheong di limbungan subkontrak kumpulan di China.

Kapal-kapal berkenaan dijadual diserahkan pada 2014 dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2014.


Nam Cheong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain