Semua Sektor Menyumbang Kepada Pertumbuhan Suku Kedua KDNK - Mustapa Mohamed

Diterbitkan: Isnin, 18 Ogos 2014 6:08 PM

mustapa mohamed

Mustapa Mohamed

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berkembang 6.4 peratus bagi suku kedua tahun ini berbanding 6.2 peratus pada suku pertama disumbangkan oleh semua sektor, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, pertumbuhan baik itu disebabkan Malaysia mempunyai asas pertumbuhan yang luas dan tidak bergantung kepada satu atau dua sektor semata-mata.

"Negara berjaya untuk terus mencatatkan pertumbuhan yang baik dan memberansangkan berbanding negara lain di dunia, dan perkara yang membanggakan ini bukan sahaja hasil daripada persekitaran luar, eksport dan pelaburan yang meningkat, tetapi pertumbuhan ini juga adalah daripada semua sektor penyumbang," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Dalam pada itu, Mustapa berkata pertumbuhan negara juga harus dipastikan berkembang pada kadar lestari.

"...kita tidak mahu terlalu tinggi kerana itu tidak lestari," katanya yang ditemui selepas Majlis Dialog bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bumiputera.

Mengulas mengenai majlis dialog bersama dengan 17 NGO bumiputera itu, beliau berkata, objektif pertemuan ialah untuk berkongsi idea bagi meningkatkan kelestarian perniagaan bumiputera.

"Saya juga akan mengusulkan cadangan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar bagi mengumpulkan beberapa menteri yang berkaitan dengan agenda bumiputera agar dapat duduk bersama mendengar isu-isu yang dihadapi oleh NGO bumiputera," katanya.

Ini katanya bagi membolehkan isu-isu yang dibangkit dapat dijawab dan disusuli oleh menteri bertanggungjawab.

"Isu seperti akses pinjaman daripada bank, penglibatan dalam automotif dan Internet, pemilikan rumah dibangkitkan pada pertemuan tadi tapi ini bukan di bawah kementerian, itu sebab lebih elok sekiranya beberapa menteri duduk semeja bukan sahaja untuk memberi jawapan tetapi tindakan juga dapat diambil bersama," katanya.


Tags / Kata Kunci: KDNK , Datuk Seri Mustapa Mohamed

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan