suria

Bursa Malaysia Minta Maklumat Balas Mudahkan Syarat Akaun Dagangan & Sekuriti

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd mengeluarkan kertas perundingan bagi mendapatkan maklumat balas daripada orang ramai mengenai cadangan untuk memudahkan syarat membuka akaun dagangan dan sekuriti bagi pelabur individu.


"Ia dijangka menyediakan fleksibiliti kepada organisasi dan ejen depositori yang terlibat," kata Bursa dalam satu kenyataan, Isnin.

Pada masa ini individu yang memohon untuk membuka akaun dagangan dan sekuriti perlu hadir sendiri ke organisasi/ejen depositori yang sah untuk mengemukakan dokumen membuka akaun atau menandatangani dokumen membuka akaun di hadapan saksi seperti notari awam atau pesuruhjaya sumpah.

Bursa Malaysia berkata, cadangan itu bertujuan memudahkan proses untuk pelabur individu serta menyediakan fleksibiliti kepada organisasi dan ejen depositori yang sah.

"Mereka hanya perlu melengkapkan dan menandatangani Borang membuka akaun dan mengemukakannya kepada organisasi dan ejen deposit sah bersama dokumen sokongan berkait, secara salinan cetak dan salinan lembut," katanya.

Kertas perundingan itu boleh diperoleh menerusi www.bursamalaysia.com. 


Artikel Lain