Angkasa Bakal Wujud Konsortium Koperasi Kariah Masjid

Diterbitkan: Ahad, 17 Ogos 2014 2:45 PM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Sebuah konsortium koperasi kariah masjid akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi mengukuhkan perniagaan serta ekonomi koperasi kariah masjid.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, penubuhanya telah diluluskan awatankuasa bahagian perkhidmatan syariah Angkasa yang bermesyuarat baru-baru ini.

Beliau berkata dengan penubuhan konsortium tersebut, koperasi kariah masjid akan bersatu di bawah satu payung serta dapat menjalankan perniagaan dengan lebih baik dan terjamin.

"Penubuhan koperasi secara tidak langsung dapat mengelakkan koperasi daripada bersaing sesama sendiri selain mempastikan produk keluaran koperasi mendapat pasaran luar dan dalam negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat penubuhan koperasi kariah Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di sini, Ahad.

Beliau berharap dengan penubuhan konsortium tersebut, kerajaan dapat meluluskan lebih banyak permit perniagaan termasuk permit import (AP) kepada konsortium terbabit.

Abdul Fattah berkata, dengan adanya AP, ia boleh menjamin pendapatan koperasi sekali gus meluaskan kegiatan pemasaran dalam dan luar negara termasuk mengimport daging sejuk beku dan ternakan pada musim perayaan.

Terdahulu ketika merasmikan mesyuarat penubuhan koperasi tersebut, beliau memberitahu sebanyak 6,500 buah masjid dan surau dikenali pasti layak menubuhkan koperasi.

Daripada bilangan itu, hampir 300 buah masjid dan surau telah menubuhkan koperasi dengan lebih 1,000 anggota, katanya.


Tags / Kata Kunci: Angkasa , koperasi

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan