Zalora Akan Serap GST, Pastikan Harga Produk Kekal Kompetitif

Diterbitkan: Sabtu, 16 Ogos 2014 5:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peruncit fesyen dalam talian, Zalora akan memastikan harga produknya kekal kompetitif apabila cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksana bermula April 2015.

"Zalora akan membuat yang terbaik untuk memastikan produk fesyen yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia berbaloi dengan harga.

"Kami sentiasa menawarkan harga yang kompetitif dan jika ini bermakna kami perlu menyerap GST untuk sebahagian produk, kami akan lakukan," kata Pengarah Urusan Zalora Malaysia bagi Pembelian dan Pemasaran Giulio Xilayannis, dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Zalora sentiasa berusaha menjadi peruncit yang menawarkan fesyen terkini pada harga terbaik di pasaran, katanya menambah pelaksanaan GST tidak akan mengubah misi syarikat itu.

Zalora merupakan peneraju fesyen dalam talian di Asia dan laman e-dagang fesyen paling pantas berkembang di Asia Tenggara.

Diasaskan pada awal 2012, syarikat itu mempunyai operasi di Singapura, Indonesia, Malaysia dan Brunei, Filipina, Thailand, Vietnam dan Hong Kong.

Syarikat itu menawarkan koleksi besar meliputi lebih 500 jenama dan pereka antarabangsa serta tempatan terken


Tags / Kata Kunci: Zalora , GST , fesyen

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan