Lebih Banyak Syarikat Daftar GST, Tanda Kesedaran Meningkat - Chua

Diterbitkan: Sabtu, 16 Ogos 2014 3:24 PM

Chua ketika merasmikan Seminar GST dan Pelancaran Buku Panduan GST di sini, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semakin banyak syarikat tampil mendaftar untuk melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST), menandakan tahap kesedaran semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong.


Beliau berkata, setakat semalam, pihaknya menerima 12,500 permohonan pendaftaran, meningkat daripada 10,000 permohonan dua hari lepas.

"Ini menunjukkan semakin banyak syarikat menyedari manfaat GST dan mereka tidak mahu melepaskan peluang itu," katanya kepada pemberita pada pelancaran Buku Garis Panduan GST untuk Perniagaan dan Seminar Kesedaran GST, di sini, Sabtu.

Dianjurkan oleh Sekretariat bagi Memperkasa Usahawan India (SEED) di bawah Jabatan Perdana Menteri, seminar disertai kira-kira 1,200 usahawan India dan segelintir usahawan Melayu serta Cina.

Seminar itu disusuli pendaftaran GST yang dibantu oleh sekretariat penganjur.

Chua berkata, walaupun 95 peratus daripada 38,000 syarikat kaum India di Malaysia merupakan perniagaan mikro (dengan perolehan tahunan kurang daripada RM300,000), mereka tetap berminat untuk mendaftar dengan GST kerana menyedari kelebihan yang akan diperoleh.

"Apabila tiba 1 April 2015, iaitu tarikh pelaksanaan GST, syarikat besar tidak akan mahu berurus niaga dengan perniagaan kecil yang tidak mendaftar untuk GST kerana mereka tidak boleh membuat tuntutan semula cukai.

"Lama-kelamaan ini akan menyebabkan perniagaan kecil dan sederhana tidak dapat bersaing dari segi struktur harga," katanya.

Beliau turut menggesa Jabatan Kastam meneruskan penganjuran seminar bagi meningkatkan lagi kesedaran dalam kalangan syarikat mengenai GST.

Kerajaan menyasarkan semua perniagaan dengan perolehan RM500,000 akan mendaftar untuk GST menjelang hujung September ini.


Tags / Kata Kunci: GST , Datuk Chua Tee Yong

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan