TNB Tawar Insentif Sinaran Merdeka 2014

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 10:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan insentif Sinaran Merdeka 2014 bagi menggalakkan pengguna komersil menerangi bangunan dan kawasan persekitaran masing-masing dengan lampu hiasan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57.

Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata, insentif berkenaan diberi sejak tahun 2000 kepada semua pengguna perdagangan menerusi tarif B, C1 dan C2.

"Mereka yang terlibat ialah pengguna bangunan pencakar langit, bangunan pejabat, kompleks komersial dan beli-belah, hotel serta stesen minyak.

"Kadar insentif adalah 17.8 sen/kWh (kilowatt-jam) bagi jumlah peningkatan penggunaan tenaga elektrik yang melebihi purata kegunaan tiga bulan yang diambil dari Mei, Jun dan Julai 2014," katanya dalam satu kenyataan, Isnin.

Beliau berkata, insentif itu adalah dalam tempoh kegunaan dua bulan bermula 1 Ogos lalu hingga 30 September ini.

Pengguna yang layak boleh mendapatkan borang permohonan di semua pejabat Pengurus Besar (negeri) atau pejabat Pengurus Kawasan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 September ini.


Tags / Kata Kunci: TNB , Sinaran Merdeka

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan