Richworks Anjur Seminar Keusahawanan

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 2:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Usahawan yang mahu berjaya dalam perniagaan secara mudah, patut menyertai seminar 'Mudahnya Menjalankan Perniagaan-Edisi Khas 2014' dari 23 hingga 7 Sept.

Seminar itu dianjurkan oleh Richworks International Sdn Bhd dan akan berlangsung di Bayview Hotel, Melaka (23 Ogos), Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam (24 Ogos), Dewan Millenium, Pulau Pinang (3 Sept) dan Thistle Hotel, Johor Baharu (6 Sept) dan Wisma MCA di Kuala Lumpur pada 7 Sept.

Dalam satu kenyataan di sini pada Isini, Richworks International berkata seminar itu akan dikelolakan oleh pakar dan jurulatih pemasaran berjaya, Dr Azizan Osman.

Beliau dijangka mengetengahkan inisiatif baharu untuk mengenal pasti dan menghimpunkan produk Islam yang boleh dinilai dan dipasarkan menerusi rangkaian tunggal seperti produk pasar raya besar.

Lebih 1,000 usahawan yang menghasilkan pelbagai barangan, sudah mendaftarkan butiran masing-masing dalam direktori usahawan secara percuma di www.MyABC.co.my.

Sementara itu, penyertaan percuma ke seminar itu hanya untuk mereka yang mendaftar dalam kumpulan tiga orang, manakala individu dikenakan bayaran RM50.

Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian di www.KlinikUsahawan.com atau menghubungi 019-244 2244, 013-244 2244, 019-244 2400. 


Tags / Kata Kunci: Richworks

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan