Stok Minyak Sawit Naik 1.47 Peratus Kepada 1.681 Juta Tan Julai Ini

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 5:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Stok minyak sawit meningkat 1.47 peratus kepada 1.681 juta tan metrik pada Julai 2014 daripada 1.656 juta tan metrik pada Jun, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

MPOB dalam satu kenyataan hari ini berkata stok minyak sawit mentah (MSM) meningkat 7.64 peratus kepada 891,636 tan metrik bulan lepas, manakala minyak sawit diproses susut 4.7 peratus kepada 789,380 tan metrik.

Stok isirung sawit meningkat 32.27 peratus kepada 164,701 tan metrik pada Julai, manakala minyak isirung sawit mentah susut 14.09 peratus kepada 149,243 tan metrik.

MPOB berkata, pengeluaran MSM pada Julai naik 6.11 peratus kepada 1.665 juta tan metrik daripada 1.569 juta tan metrik pada Jun.

Pengeluaran isirung sawit pada Julai naik 13.66 peratus kepada 406,093 tan metrik daripada 357,295 tan metrik pada Jun dan pengeluaran minyak isirung sawit mentah turun 1.93 peratus kepada 171,352 tan metrik.

Pengeluaran dedak isirung sawit turun 2.03 peratus kepada 189,052 tan metrik pada Julai daripada 192,966 tan metrik pada Jun.

MPOB berkata, eksport minyak sawit pada Julai susut 2.32 peratus kepada 1.447 juta tan metrik daripada 1.481 juta tan metrik pada Jun.

Import MSM berjumlah 7,725 tan metrik pada Julai. Import minyak sawit diproses 


Tags / Kata Kunci: minyak sawit , MPOB

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan