Industri Takaful Dijangka Tumbuh Lima Peratus Tahun Ini - PruBSN

Diterbitkan: Jumaat, 8 Ogos 2014 9:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Industri takaful dijangka terus mengukuh dan diunjurkan berkembang sebanyak lima peratus pada tahun ini, disokong oleh kesedaran yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN), Azim Mithani berkata, pertumbuhan dalam industri takaful turut dipacu oleh peningkatan bilangan ejen takaful.

"Berikutan kesedaran yang tinggi, kami melihat bilangan pelanggan rakyat Malaysia meningkat dari semasa ke semasa. Bagi ejen PruBSN, bilangan ejen kami kekal 12,000 orang pada suku pertama 2014," Azim memberitahu Bernama selepas majlis rumah terbuka Hari Raya PruBSN, Jumaat.

Terdahulu, dilaporkan bahawa pertumbuhan sektor insurans dan takaful pada tahun ini akan kekal stabil berikutan permintaan domestik.

Prospek pertumbuhan yang kukuh dan pengurusan risiko yang lebih baik akan membawa kepada peningkatan permintaan terhadap insurans dan takaful dalam kalangan orang ramai pada keseluruhannya.

Sementara itu, Azim juga berkata, PruBSN mencatatkan 31.7 peratus bahagian pasaran pada suku pertama 2014, dan sumbangan bersamaan tahunan (ACE) perniagaan baharunya sebanyak RM76 juta.

Sehingga 31 Dis, 2013, bahagian pasaran PruBSN berjumlah 27.1 peratus manakala ACE perniagaan baharu sebanyak RM269.2 juta.

Ditanya mengenai prospek syarikat pada tahun ini, Azim berkata, penyedia perkhidmatan kewangan patuh Shariah itu positif terhadap prestasinya pada tahun ini, bagaimanapun, masih terlalu awal untuk menentukannya berikutan keputusan suku kedua tahun ini belum dikeluarkan.

"Sukar untuk membuat unjuran, tetapi produktiviti yang tinggi akan membawa kepada prestasi yang lebih baik. Pada separuh kedua tahun ini, PruBSN akan melancarkan dua produk, menambah kepada tiga produk teras kami ketika ini," katanya.

PruBSN merupakan syarikat usaha sama antara Bank Simpanan Nasional dan Prudential Plc, masing-masing memegang 51 peratus dan 49 peratus kepentingan. 

Tags / Kata Kunci: PruBSN , takaful , Azim Mithani

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan