suria

Jualan Honda Meningkat 84 Peratus

Yoichiro Ueno bersama produk Honda.

KUALA LUMPUR: Jualan Honda Malaysia Sdn Bhd meningkat 84 peratus pada separuh pertama 2014 berbanding tempoh yang sama pada 2013.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Honda berkata prestasi jualan yang kukuh itu dipacu oleh jualan keseluruhan Honda Malaysia yang menunjukkan pertumbuhan kukuh dengan lebih 37,000 unit dijual pada separuh pertama 2014 atau 12 peratus penguasaan pasaran.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Yoichiro Ueno berkata kejayaan All-New City yang dilancarkan pada Mac, penting dalam memacu kejayaan jualan yang luar biasa itu.

"Honda Malaysia yakin penerimaan baik pasaran untuk All-New Jazz, yang dilancarkan dua minggu lepas, akan meneruskan momentum perniagaan yang baik itu," kata Ueno.

Honda Malaysia juga membuka pusat badan dan cat ke-12nya di Negeri Sembilan, yang akan diurus oleh Ban Lee Heng Motor.

"Lima juta ringgit dilaburkan untuk bangunan, tanah, kemudahan dan peralatan untuk pusat badan dan cat baharu itu yang mempunyai 18 petak kereta, satu bilik cat, tiga bilik stor dan dua bilik semburan," katanya.

Mengenai prospeknya, Honda Malaysia menyasarkan mempunyai 90 peniaga menjelang 2015 dan kini bekerja rapat dengan peniaga untuk meningkatkan perkhidmatan masing-masing dalam menyediakan pakej lengkap perkhidmatan selepas jualan, selain memudahkan pelanggan di seluruh negara.

"Sehingga kini terdapat 76 peniaga Honda di Malaysia - enam membabitkan Pusat 1S dan 70 Pusat 3S termasuk 12 yang mempunyai kemudahan servis badan dan cat," katanya.


Honda

Artikel Sebelum

Artikel Lain