Raket Tempatan Saingi Keluaran Antarabangsa

Diterbitkan: Ahad, 3 Ogos 2014 12:34 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Sekalipun raket berjenama antarabangsa sering menjadi pilihan pemain badminton, ini tidak mematah semangat seorang usahawan tempatan untuk terus mengetengahkan raket buatan Malaysia di pasaran.

Wan Zahrin Wan Abdullah yang mula menghasilkan raket tempatan dengan jenama 'Wan Sport' (WS) pada tahun 2008, yakin satu hari nanti produknya akan dapat menyaingi produk berjenama antarabangsa.

Di peringkat permulaan, beliau merancang memasarkan produknya menerusi pasaraya Mydin di seluruh negara.

"Sebelum ini saya ambil order raket dari jenama lain. Dari situ saya mula belajar macam mana nak menghasilkan raket tempatan dan timbul idea untuk melakukan inovasi mengikut citarasa tempatan.

"Kami ada perancangan untuk menjadi pembekal raket di pasar raya tempatan.

"Sebagai permulaan, pada tahun depan kami akan memasarkan raket Wan Sport di Mydin," katanya.

Beliau berkata terdapat 35 model raket keluaran syarikatnya di kedainya di Teluk Air Tawar, di sini dan diberi nama mengikut tarikh keluaran.

Wan Zahrin berkata raket-raket itu dihasilkan di kilang di Sungai Bakap, dekat sini dan setiap pengeluaran adalah berkala dengan 1,000 raket dihasilkan bagi setiap pengeluaran.

Antara nama ialah WS An Najwa, WS As Sabil, WS Ad Deen, WS Trisya, WS Al Badar, WS Taming Sari, WS Titanium, WS Nano Tech, WS Nano Ray, WS Smash Power dan WS 1Malaysia.

"Model WS An Najwa diberi bersempena nama anak saya.

"WS Al Badar pula bagi mengenang sejarah perang Badar. Nama ini diharap dapat mencetus semangat juang pemain sebagaimana ditunjukkan Nabi Muhammad S.A.W. semasa perang Badar.

"WS 1Malaysia diberikan sempena Hari Kemerdekaan negara," katanya.

Katanya, raket itu dijual dengan harga antara RM36 dan RM253 setiap satu.

Menurut beliau, pelanggannya selain daripada kalangan orang ramai ialah sekolah-sekolah di Perlis, Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan dan Johor.

"Walaupun untuk membina jenama dan meyakinkan pelanggan agak sukar tapi tanpa mencuba kita tidak tahu kemampuan kita.

"Memang saingan cukup hebat tapi sedikit demi sedikit orang akan mula tahu kewujudan produk kita.

"Harapan saya satu hari nanti raket jenama Wan Sport menjadi kegunaan utama pelajar sekolah seterusnya berkembang menjadi kegunaan pemain badminton negara," katanya. 


Tags / Kata Kunci: WS , Raket

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan