suria

Raja Teh Wanita Berbakat Dalam Perbankan Islam

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Islamic Bank (HLISB), Raja Teh Maimunah, dipilih sebagai profesional wanita paling berbakat dalam perbankan Islam pada majlis Anugerah Kecemerlangan Perbankan Islam Asia 2014 di Singapura baru-baru ini.

Dikenali sebagai ketua yang bersemangat dan berinspirasi, Raja Teh telah melalui banyak cabaran dalam kerjaya beliau yang menjangkau lebih 20 tahun, menumpukan kepada bahagian perbankan Islam dan pelaburan.

HLISB dalam satu kenyataan berkata selain portfolio beliau di HLISB, Raja Teh juga merupakan Ketua Pegawai Operasi Bahagian Inovasi Digital dan Perbankan Transaksi Hong Leong Bank.

Sementara itu, Anugerah Kecemerlangan Perbankan Islam Asia mengenal pasti dan memberi penghargaan kepada golongan profesional dan organisasi di atas pencapaian cemerlang mereka dalam bidang masing-masing yang menyumbang kepada standard pendedahan korporat yang tinggi di Asia. 


Hong Leong, Perbankan Islam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain