Keuntungan Suku Keempat REDtone Jatuh

Diterbitkan: Khamis, 31 Julai 2014 2:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai REDtone International Bhd untuk suku keempat berakhir 31 Mei jatuh RM11.4 juta kepada RM9.934 daripada RM21.327 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Hasil menyusut RM6.88 juta kepada RM37.341 juta daripada RM44.220 juta sebelum ini disebabkan penurunan dalam data hasil, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Pada unjuran, kumpulan itu berhasrat untuk memasuki tender projek-projek kerajaan dan industri telekomunikasi serta memperolehi lebih banyak pelanggan dari perusahaan kecil dan sederhana (IKS).


Tags / Kata Kunci: Redtone

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan