MDV Main Peranan Penting Bantu Biaya Sektor Hijau

Diterbitkan: Khamis, 31 Julai 2014 11:02 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysian Debt Ventures Bhd (MDV) telah membantu dan memberi sokongan dalam membawa teknologi hijau ke hadapan serta berkeupayaan dan bersedia untuk memainkan peranan sebagai bank pembiayaan khusus untuk sektor hijau.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech) Ahmad Hadri Haris berkata sekiranya Malaysia benar-benar mempertimbang untuk mempunyai cabang pelaburan khusus, negara memerlukan sebuah institusi seperti MDV.

"Pembiaya dan fasilitator pembangunan bagi sektor teknologi baru muncul memahami dan menghargai teknologi terutamanya teknologi hijau.

"Ia juga berminat untuk melihat projek yang lebih kepada daya maju dan kecekapan dan bukannya pada perspektif syarikat," kata beliau.

Hadir sama, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MDV Datuk Md Zubir Ansori Yahya.

Md Zubir Ansori berkata MDV sentiasa di hadapan dalam pembiayaan teknologi, bermula dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), diikuti bioteknologi dan kini ia melihat lebih banyak peluang dalam teknologi hijau.

Beliau berkata apa yang dilihat pada masa hadapan bagi ICT ialah internet dan dalam bidang lain pula melibatkan isu pemanasan global dan memelihara alam sekitar yang menjadi isu penting.

"Di sinilah teknologi hijau terbabit dengan pembiayaan menjadi elemen penting," katanya.

Bagi memohon pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS), syarikat perlu mempunyai modal berbayar RM100,000, tidak kurang daripada lima kakitangan, projek-projek yang baik dan sijil teknologi hijau, katanya.

"Mengenai metodologi penilaian, penekanan yang lebih kepada teknologi dan pasukan pengurusan syarikat untuk melihat sama ada mereka mampu menyampaikan projek-projek dan teknologi yang digunakan," kata beliau.

Md Zubir Ansori berkata bank-bank terhad oleh peraturan Bank Negara yang menekankan pada kunci kira-kira dan rekod prestasi.

"Ini menyukarkan syarikat baharu walaupun dengan teknologi cemerlang mendapatkan pembiayaan," katanya.

Beliau berkata nisbah portfolio yang MDV digunakan ialah 90 peratus ICT peratus dengan 10 peratus bioteknologi.

"Kini teknologi hijau telah mengambil sebahagian besar daripadanya dengan 65 peratus, ICT antara 25 dan 28 peratus manakala bakinya adalah bioteknologi," katanya.

GreenTech Malaysia, merupakan agensi di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, yang berusaha untuk meningkatkan penggunaan teknologi hijau bagi menjana pertumbuhan sosio-ekonomi.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan