Syarikat Malaysia Catat Jualan RM2.02 Bilion Di FIA 2014

Diterbitkan: Khamis, 24 Julai 2014 11:02 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Misi pemasaran khas pertama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) mengenai industri aeroangkasa dan penyelenggaraan, membaiki dan membaikpulih di Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough (FIA) mulai 14 hingga 20 Julai lalu, telah memperolehi jualan RM2.02 bilion.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Matrade berkata, satu delegasi 20 wakil daripada 10 syarikat dan agensi berkaitan aeroangkasa mengambil bahagian dalam program terbabit.

FIA adalah pameran perdagangan aeroangkasa terbesar dunia dan diadakan dua tahun sekali.

Matrade berkata, sejumlah 137 perjumpaan perniagaan diaturkan untuk delegasi Malaysia dan lapan perjanjian persefahaman ditandatangani dengan rakan kongsi antarabangsa.

"Perjanjian itu termasuk mengenai bidang pembangunan modal insan, kerjasama penyelidikan dan teknologi serta pemasangan pesawat sport ringan yang akan dijalankan di Kota Belud, Sabah," katanya.

Delegasi itu termasuk Aerospace Malaysia Innovation Centre, Zetro Aerospace Corp Sdn Bhd, DRB Hicom Defence Technologies Sdn Bhd dan syarikat sekutunya, CTRM, Destini Prima Sdn Bhd, Dosh Rain Consult International Sdn Bhd serta HW Lima Sdn Bhd.

Empat kementerian dan agensi kerajaan yang terbabit ialah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan serta Matrade. 


Tags / Kata Kunci: Matrade , FIA , industri aeroangkasa

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan