Kedudukan Kewangan Negara Makin Kukuh - KSU Perbendaharaan

Diterbitkan: Khamis, 24 Julai 2014 10:23 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin kedudukan kewangan negara akan terus kukuh pada masa hadapan dan dapat memastikan pembangunan negara yang berterusan serta menjamin kesejahteraan rakyat.


Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, prospek ekonomi negara yang lebih baik akan dapat menyokong pelaksanaan langkah pembaharuan fiskal yang dirancang.

Beliau berkata demikian sebagai menolak laporan sebuah portal berita yang memetik kenyataan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) bahawa kewangan kerajaan lemah dan hutang melebihi tahap siling.

Mohd Irwan Serigar yang menyifatkan laporan itu sebagai mengelirukan dan tidak benar berkata kedudukan kewangan negara semakin kukuh.

"Kedudukan kewangan negara semakin kukuh dan jelas kerajaan telah berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 6.7 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2009 kepada 3.9 peratus pada tahun lalu.

"Kerajaan akan memastikan defisit fiskal berbanding KDNK terus berkurangan kepada 3.5 peratus pada tahun 2014 dan mencapai bajet berimbang pada tahun 2020," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mengenai hutang negara, Mohd Irwan Serigar berkata, ia dianggarkan berada pada tahap 54.2 peratus kepada KDNK pada akhir 2014, lebih rendah daripada siling 55 peratus yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

"Dengan langkah konsolidasi dan pengurangan defisit fiskal, adalah juga dijangkakan nisbah hutang kerajaan kepada KDNK turut akan berkurang pada masa hadapan," kata beliau.

Dari segi pertumbuhan ekonomi pula, beliau berkata, negara telah mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan sebanyak 6.2 peratus pada suku pertama 2014 dan dijangka mencapai 5 peratus hingga 5.5 peratus bagi keseluruhan tahun ini seperti yang telah diunjurkan.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan