suria

Sasbadi Catat RM4.04 Juta Untung Sebelum Cukai Bagi Suku Ketiga

KUALA LUMPUR: Sasbadi Holdings Bhd, yang bakal disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada Rabu, mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM4.04 juta bagi suku ketiga yang berakhir pada 31 Mei, 2014 daripada hasil berjumlah RM17.94 juta.

Tiada angka perbandingan bagi tempoh sama tahun lepas memandangkan angka ini merupakan penyata kewangan interim pertama keputusan disatukan bagi suku dalam kajian.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata laporan suku tahunan itu diumumkan susulan keperluan penyenaraian yang mengkehendaki syarikat mengumumkan keputusan terkini Sasbadi sekurang-kurangnya dua hari pasaran sebelum tarikh penyenaraian.

"Hasil dan keuntungan bagi suku semasa diperoleh terutamanya daripada Sasbadi Sdn Bhd yang terlibat terutamanya dalam penerbitan pendidikan dan pengedaran produk pembelajaran gunaan.

"Jualan produk pendidikan dalam talian Sasbadi Online Sdn Bhd meningkat pada suku semasa disebabkan produk baharu berdasarkan versi yang diubah suai daripada penilaian berasaskan sekolah yang dilaksanakan pada April," katanya.

Mengenai prospek, Sasbadi optimis dalam berhati-hati terhadap baki tahun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Lain