Nasmir Rancang Eksport Kapsul Ke Eropah

Diterbitkan: Ahad, 20 Julai 2014 12:25 PM

Datuk Kadhar Shah Abdul Razak

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Pengeluar tunggal kapsul gelatin perubatan di negara ini, Nasmir Capsule Sdn Bhd, merancang menambah dua mesin baharu untuk meningkatkan kapasiti pengeluarannya menjelang 2015 bagi memenuhi pasaran eksport.

Pengarah Urusannya Datuk Kadhar Shah Abdul Razak berkata syarikat itu menyediakan RM15 juta bagi membeli dua mesin baharu itu.

"Buat masa ini, keupayaan pengeluaran kami kira-kira 3 bilion kapsul setahun dan dalam tempoh setahun akan datang, kami berharap meningkatkannya kepada 4.2 bilion menerusi penambahan mesin itu untuk memenuhi permintaan kapsul halal dalam negara.

"Kita juga menjangkakan mengeluarkan lebih banyak kapsul dua tahun akan datang berikutan syarikat merancang untuk memasuki pasaran Eropah, dan mesin-mesin sedia ada akan dinaik taraf bagi membolehkan kapsul kita memenuhi gred farmaseutikal antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Aidilfitri anjuran Nasmir Holdings Sdn Bhd, di sini malam Sabtu.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ir Hamim Samuri.

Tahun ini Nasmir memperuntukan RM250,000 untuk sumbangan Aidilfitri kepada 3,000 keluarga di Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

Nasmir Capsule Sdn Bhd ialah pembekal, pengedar, pengimport dan pengeksport sarung kapsul kosong gelatin halal serta merupakan satu-satunya syarikat yang mendapat pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai pengeluar kapsul halal yang diperbuat daripada bahan asas tulang lembu.

Kadhar Shah berkata selain pasaran tempatan, 50 peratus kapsul keluarannya kini dieksport ke Colombia, Chile, Thailand, Vietnam, Pakistan dan Indonesia.

Beliau bagaimanpun kesal kerana masih ada syarikat tempatan yang memandang rendah produk syarikat itu sedangkan ia diiktiraf banyak syarikat farmaseutikal utama dari luar negara.

"Jika orang luar boleh terima, kenapa kita sendiri tidak menghargai produk tempatan? Mungkin mentaliti rakyat tempatan yang menganggap produk dalam negara tidak berkualiti.

"Sedangkan produk kapsul kita memang telah diiktiraf halal berbanding yang dihasilkan di luar negara dan dibawa masuk ke Malaysia, yang belum tahu sumbernya (halal atau sebaliknya)," katanya.

Terdahulu pada majlis itu Nasmir Holdings Sdn Bhd turut melancarkan Tabung Bantuan untuk Gaza dengan menyasarkan untuk mengutip RM100,000 bagi membantu penduduk Palestin.

Kadhar Shah berkata tabung berkenaan akan diletakkan di 12 restoran, lima mini market dan masing-masing satu di kedai donut serta hotel milik Nasmir.

"Untuk permulaan, Nasmir menyumbang RM10,000 kepada tabung berkenaan dan dalam tempoh sebulan kita sasarkan untuk kutip sebanyak RM100,000 bagi membantu penduduk Palestin," katanya.


Tags / Kata Kunci: Nasmir

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan