Fama Johor Sasar Jualan RM1.2 Juta Menerusi Pasar Tani Aidilfitri - Niaga | mStar

Fama Johor Sasar Jualan RM1.2 Juta Menerusi Pasar Tani Aidilfitri

Diterbitkan: Sabtu, 19 Julai 2014 3:52 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Johor menyasarkan jualan bernilai RM1.2 juta menerusi Program Pasar Tani Khas Menjelang Aidilfitri yang akan diadakan selama dua hari bermula 26 Julai ini.

Pengarahnya Faridulatrash Md Mokri berkata sebanyak 18 pasar tani utama di seluruh negeri akan menyertai program terbabit, melibatkan lebih 670 peserta.

Beliau juga berkata Fama Johor yakin sasaran itu dapat dicapai berdasarkan respons positif pada program-program sebelum ini.

"Kami jamin, bekalan barangan keperluan yang dijual di semua pasar tani khas ini mencukupi dan dijual dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding pasar biasa," katanya selepas merasmikan program terbabit di Pasar Tani Mega Larkin, di sini, Sabtu.

Katanya sebanyak 2.7 tan metrik kacang panjang; 1.8 tan cili merah; 2.7 tan kobis bulat; 9,010 biji kelapa parut; 17,350 ekor bekalan ayam daging segar serta 161 ekor lembu dijangka disediakan sepanjang dua hari program.

Beliau juga memberi jaminan harga barangan di pasar tani terbabit benar-benar murah berbanding pasar biasa.

"Kami telah sediakan panduan harga di setiap pasar tani khas dan jika ada antara pembeli yang rasa tertipu ataupun tidak puas hati, mereka boleh berjumpa dengan urusetia yang ada di setiap lokasi," katanya.

Kesemua pasar tani khas akan beroperasi bermula pukul 7 pagi hingga 1 tengah hari kecuali Pasar Tani Kekal Bukit Gambir, Ledang yang akan beroperasi sehingga pukul 6 petang.

Lokasi lain termasuklah di Dataran Niaga Pontian, Sanggar Kota di Kota Tinggi, Bandar Baru Uda di Johor Baharu dan Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar) di Mersing.

Pada majlis itu Faridulatrash turut melancarkan Tabung Kemanusiaan Gaza yang akan diletak di semua pasar tani di negeri ini bagi mengumpul sumbangan masyarakat.

Tags / Kata Kunci: Pasar Tani , Fama
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan