OCBC Bank PKS Terbaik

Diterbitkan: Jumaat, 18 Julai 2014 3:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: OCBC Bank (M) Bhd telah dipilih sebagai Bank PKS Malaysia Terbaik Tahun ini oleh majalah berpangkalan di Singapura, Asian Banking and Finance.

Penerbit dan Ketua Pengarangnya, Tim Charlton, berkata bagi 2014, OCBC Bank mencapai prestasi yang sangat baik di Malaysia mahupun di seluruh rantau ini. Ia juga meraih gelaran Bank PKS Terbaik Asean buat tahun keempat berturut-turut.

"Kejayaan OCBC Bank pada asasnya terletak pada cara ia mencungkil peringkat-peringkat kitaran hidup yang memerlukan penyelesaian perniagaan yang pelbagai.

"Ini membantu mereka membangunkan suite produk yang boleh membantu perniagaan dalam pertumbuhan melalui kitaran hayat masing-masing," kata Charlton.

Pemenang-pemenang diadili berdasarkan tahap inovasi, keberkesanan dan dinamisme masing-masing untuk bertindak balas terhadap perubahan dalam pasaran dan merebut peluang-peluang untuk maju. 


Tags / Kata Kunci: OCBC

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan