suria

BiotechCorp Lancar Operasi Runcit BioShoppe Pertama Di Malaysia

Dr Ewon Ebin (kiri) melancarkan perniagaan runcit BioShoppe yang pertama di negara ini, Khamis.
KUALA LUMPUR: Malaysian Biotechnology Corp (BiotechCorp) melancarkan perniagaan runcit BioShoppe pertamanya yang pada asasnya menampilkan produk kesihatan dan kecantikan dari kumpulan syarikatnya berstatus BioNexus.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin, merasmikan upacara itu di sini, Khamis.

Ketua Eksekutif BiotechCorp, Datuk Dr Mohd Nazlee Kamal berkata, kemunculan sains dalam ekonomi penting bagi faedah negara dan rakyatnya.

"BioShoppe ialah satu pendekatan penting yang diambil oleh BiotechCorp untuk memberi laluan yang lebih luas untuk mendapatkan produk bioteknologi tempatan," kata Nazlee dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, lebih 80 jenis produk dari minuman, kosmetik dan penjagaan diri hinggalah kepada makanan tambahan herba dipilih daripada 13 syarikat BioNexus.

"Kami menjangkakan lebih banyak kerjasama yang serupa pada masa akan datang," katanya.

Mohd Nazlee berkata, syarikat-syarikat berstatus BioNexus masih merupakan teras bioekonomi Malaysia, yang menyumbang pelaburan berjumlah hampir RM4 bilion kepada ekonomi Malaysia. 


BioNexus, BioShoppe

Artikel Sebelum

Saham MAS Susut 13.33 Peratus

Artikel Berikut

Artikel Lain