suria

Kerajaan Tumpu Keterangkuman, Kelestarian Ke Arah Negara Maju

Abdul Wahid Omar
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memberi penekanan kepada keterangkuman dan kelestarian ke arah mencapai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perancang Ekonomi), Datuk Seri Wahid Omar berkata, menjadi hasrat kerajaan untuk memastikan bahawa tidak ada satu pihak pun yang ketinggalan dalam mencapai matlamat itu.

Ketika berucap pada sesi kelima program "Love My English" NRC11, beliau berkata, kelestarian bukan hanya semata-mata mengenai alam sekitar tetapi juga cara kewangan kerajaan diuruskan.

"Ia akan diuruskan dengan cara yang kita akan hidup mengikut kemampuan kita untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi," katanya.

Sementara itu, Wahid berkata, oleh kerana Malaysia adalah sebuah negara dagangan utama di dunia, ia melibatkan banyak aktiviti rentas sempadan.

"Justeru itu, mustahak untuk menguasai bahasa Inggeris kerana ia adalah bahasa antarabangsa," katanya.

Beliau memuji inisiatif yang diambil oleh NRC11 dengan kerjasama Yayasan MyKasih dan BluBrick untuk membantu para pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah menjadi lebih yakin ketika berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

NRC11 ialah sebuah kelab yang bercita-cita untuk memberi impak positif ke atas masyarakat dan individu di seluruh Malaysia dengan menyokong usaha-usaha dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.


Artikel Berikut

Artikel Lain