Pendapatan Terkumpul 171 Koperasi Di Perlis Catat RM32.5 Juta

Diterbitkan: Sabtu, 12 Julai 2014 4:28 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Pendapatan terkumpul 171 koperasi di Perlis bagi tempoh setengah tahun pertama tahun ini dianggarkan berjumlah RM32.5 juta, kata Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Perlis, Amran Abdul Kadir.


Menurutnya, kebanyakan koperasi tersebut terbabit dalam sektor pertanian yang menjadi punca pendapatan utama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian jual beli bangunan dan pembayaran wang pendahuluan antara Konsortium Koperasi Tanaman Padi Perlis Berhad (Konsortium Koperasi) dengan pemaju projek perumahan Putra Height, Kok Klang, IMG Incorporated Sdn Bhd (IMG) di pejabat konsortium itu di Paya dekat sini, Sabtu.

Konsortium Koperasi diwakili pengerusinya, Othman Jaya manakala IMG oleh pengarahnya, Goh Kee Long.

Amran berkata, seramai 75,500 orang penduduk Perlis menjadi ahli 171 koperasi dengan modal terkumpul sebanyak RM67 juta dan aset bernilai lebih RM119.6 juta.

"Koperasi ini boleh menceburi bidang berpotensi yang belum diterokai sepenuhnya seperti perhotelan dan mengusahakan stesen minyak di Perlis selain tumpuan kepada estet padi dan ladang mempelam harumanis," katanya.

Beliau berkata, SKM sedia menimbang memberi bantuan modal sehingga RM10 juta kepada koperasi yang mempunyai perancangan melaksanakan projek berdaya maju.

Sementara itu, Othman berkata, Konsortium Koperasi menggabungkan 10 koperasi berasaskan tanaman padi di Perlis menggunakan pinjaman sebanyak RM1 juta daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) untuk membeli dua unit rumah teres satu tingkat di Putra Height bernilai RM362,000.

Katanya, rumah-rumah itu telah siap dibina dan akan disewakan kepada sebuah syarikat untuk menempatkan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Perlis.

Selain itu, Konsortium Koperasi juga memiliki dua jentera membajak sawah bernilai RM400,000 dan sedang merancang membeli sebuah jentera menuai padi tahun ini yang akan menjana pendapatan, tambahnya.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan