CIMB, RHB, MBSB Dapat Kebenaran Bank Negara Mula Rundingan Penggabungan

Diterbitkan: Khamis, 10 Julai 2014 10:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd, RHB Capital Bhd dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) menerima kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memulakan perbincangan bagi penggabungan serta membentuk sebuah bank Islam mega.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, ketiga-tiga pihak itu berkata perbincangan itu bagi menggabungkan perniagaan RHB Capital dan CIMB di samping membentuk sebuah francais perbankan Islam lebih besar melalui MBSB.

Berikutan ini, ketiga-tiga pihak itu bersetuju agar jangka masa 90 hari diberikan khusus untuk berunding dan memuktamadkan harga, struktur dan syarat serta terma berkaitan yang perlu bagi cadangan penggabungan dan pembentukan sebuah bank Islam yang besar, kata kenyataan itu.

Saham-saham CIMB Group, RHB Capital dan MBSB akan menyambung semula dagangan di Bursa Malaysia pada 11 Julai, 2014.

"Terdapat kes prima facie untuk penggabungan mewujudkan nilai antara ketiga-tiga entiti ini dan kami mahu terus berunding secara terperinci untuk mengesahkannya," kata Datuk Seri Nazir Razak, Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group.

Pengarah Urusan RHB Capital, Kellee Kam berkata bank itu yakin wujud nilai dan akan terdapat banyak peluang berikutan penggabungan itu.

Mengenai prospek pembentukan sebuah bank Islam mega, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Datuk Ahmad Zaini Othman berkata: "Peluang menjadi sebahagian daripada sebuah bank Islam mega amat mengujakan kami dan kami mahu ia diteruskan."

Affin Investment Bank Research berkata jika berlaku penggabungan dan pengambilalihan, ia akan membuka jalan bagi pembentukan kumpulan perbankan terbesar di Malaysia, dengan gabungan saiz aset sebanyak RM613.7 bilion, melebihi saiz Maybank dengan aset RM578 bilion pada Mac 2014.

"Kemungkinan penggabungan ketiga-tiga entiti ini mungkin disebabkan oleh keperluan untuk memperkukuh bahagian pasaran memandangkan persaingan sengit dalam persekitaran perbankan domestik yang tepu," katanya dalam satu nota hari ini.
Tags / Kata Kunci: CIMB , RHB , MBSB , BNM

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan