Mungkinkah Ada Persaingan Dua Bank Untuk RHB Cap?

Diterbitkan: Khamis, 10 Julai 2014 10:48 AM

(Ubah saiz teks)

CIMB Group Holdings Bhd mendahului persaingan untuk menguasai RHB Capital Bhd (RHB Cap) tetapi ia juga boleh menjadi satu pertandingan dua penjuru seperti yang pernah berlaku pada 2011.

Pada tahun itu, CIMB dan pesaing perbankan heavyweight lain iaitu Malayan Banking Bhd (Maybank) bersaing untuk mengambil alih RHB Cap dalam perjanjian bernilai RM20 bilion.

Dua bank terbesar di negara ini mengumumkan mengenai minat mereka untuk mengambil alih RHB Cap pada 31 Mei 2011.

Kedua-duanya mendapat kebenaran daripada Bank Negara untuk mengadakan perbincangan dengan RHB Cap bagi penggabungan berpotensi. Bagaimanapun, perjanjian itu dibatalkan dalam tempoh kurang setahun selepas pengumuman itu tanpa sebarang tawaran daripada mana-mana bank.

Pada Jun, kedua-duanya mengumumkan pada hari yang sama bahawa mereka tidak meneruskan peluang untuk bergabung dengan RHB Cap.

Ia kemudiannya menimbulkan spekulasi bahawa pembatalan perjanjian itu disebabkan oleh isu berkaitan dengan harga, selepas Abu Dhabi Commercial Bank menjual pegangan 25 peratus kepada syarikat sekutunya, Aabar Investments, untuk RM10.80 sesaham atau 2.25 kali nilai buku. Kedua-duanya dimiliki oleh kerajaan Abu Dhabi.

Harga tersebut menjadi penanda aras bagi mana-mana tawaran lain yang berpotensi untuk RHB Cap.

Maybank dan CIMB memutuskan bahawa harga itu terlalu tinggi dan melepaskan hasrat itu pada masa sama.

Dagangan CIMB, RHB Cap dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) digantung daripada dagangan pada Khamis sementara menunggu pengumuman, yang boleh menghidupkan semula rundingan penggabungan yang akan dilakukan. 

CIMB ketika ini sedang meletakkan usahanya, dan tidak menolak kemungkinan Maybank akan menyertai persaingan sekali lagi.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan