suria

Maybank Buka Cawangan Ke-17 Di Kemboja

KUALA LUMPUR: Maybank Cambodia plc melancarkan cawangannya yang ke-17 di Ta Khmao, Wilayah Kandal untuk memperluas kedudukannya di seluruh negara dan menyediakan akses kepada perkhidmatan perbankan yang mudah kepada masyarakat.

Dalam kenyataan pada Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Maybank Cambodia, Lee Tien Poh, berkata minat pelabur yang mendalam di Ta Khmao menyebabkan peningkatan pelanggan dan aktiviti komersil.

"Pembukaan cawangan itu mencerminkan misi bank untuk memasukkan unsur kemanusiaan dalam perkhidmatan kewangan dan komitmen jangka panjangnya untuk menyokong pembangunan ekonomi negara," katanya.

Lee berkata bank itu telah membuka empat cawangan pada tahun lepas dan telah meningkatkan lagi pertumbuhan deposit yang menunjukkan pertumbuhan sihat sebanyak 40 peratus tahun ke tahun. 


Artikel Sebelum

Artikel Lain