suria

Jualan Mercedes-Benz Malaysia Naik 24 Peratus

KUALA LUMPUR: Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd menyaksikan jualan kenderaannya meningkat 24 peratus tahun ke tahun kepada 4,536 unit untuk enam bulan pertama tahun ini.

Peningkatan itu diterajui kenderaan penumpang, iaitu 3,366 unit, demikian menurut kenyataan syarikat berkenaan pada Rabu.

"Trend meningkat ini dijangka berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Ia adalah kejayaan langsung daripada pelbagai pelaburan dalaman kami, di samping rangkaian pengedar yang banyak.

"Semua model yang baru kami lancarkan telah diterima dengan baik oleh pasaran Malaysia," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roland Folger.

Dengan pemasangan tempatan model S400L Hybrid sedang dilakukan, pengeluar kereta itu berharap dapat memberi sumbangan dalam membantu Malaysia memenuhi impiannya menjadi hab kenderaan cekap tenaga serantau, katanya.


Mercedes-Benz

Artikel Lain