suria

PIDM Umum Pelantikan Semula Pengerusi, Lembaga Pengarah

KUALA LUMPUR: Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) hari ini mengumumkan lima pelantikan semula oleh Menteri Kewangan.

Perbadanan itu melantik semula Tan Sri Datuk Dr Abdul Samad Alias sebagai pengerusinya dengan George Anthony David Dass, Alex Foong Soo Hah, Datuk Dr Rahamat Bivi Yusoff dan Mohamad Abdul Halim Ahmad sebagai ahli Lembaga Pengarah.

"PIDM sebagai perbadanan telah mendapat manfaat daripada pengalaman dan kemahiran ahli-ahli Lembaga Pengarahnya. Pelantikan semula ini akan memastikan kesinambungan, kestabilan serta kepelbagaian pada lembaga pengarah kami dalam tempoh beberapa tahun akan datang," kata Abdul Samad dalam kenyataan pada Isnin.

Perbadanan itu turut mengumumkan pelantikan semula Jean Pierre Sabourin, dengan tempoh perkhidmatan beliau dilanjutkan untuk tiga tahun lagi dari 28 Ogos 2014 hingga 27 Ogos 2017 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

"Sabourin mempunyai pengalaman lebih 35 tahun dalam insurans deposit. Kemahiran dan sumbangan beliau kepada PIDM sejak penubuhannya adalah tidak ternilai dan kami menantikan kepimpinan beliau serta pemindahan kemahiran dan pengetahuan yang berterusan," katanya.

PIDM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain