AIMS Tawar Perkhidmatan Keselamatan IBM Managed

Diterbitkan: Isnin, 7 Julai 2014 2:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AIMS Group (AIMS), anak syarikat Time dotCom Bhd hari ini mengumumkan pakatan strategik pertamanya dengan IBM, untuk melancarkan Managed Security Services (MSS) IBM di Malaysia.

Penyedia perkhidmatan pembawa data neutral terkemuka di Asia Tenggara itu dalam satu kenyataan berkata, syarikat akan menawarkan pelbagai perkhidmatan yang berkualiti tinggi, perkhidmatan pengurusan keselamatan terurus kepada pelanggan dari syarikat perkomputeran utama di dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif AIMS Group Chiew Kok Hin berkata tanpa mengambil kira saiz syarikat, keselamatan siber merupakan perkara yang sangat serius malah kajian dari Institut Ponemon pada 2013 mendapati perniagaan boleh kehilangan sebanyak US$136 setiap kehilangan rekod data sekiranya berlaku pelanggaran keselamatan siber.

Dengan perkongsian ini, pelanggan AIMS akan dapat memilih pengurusan perkhidmatan keselamatan yang sesuai dengan keperluan IT perniagaan mereka, katanya.

"Dengan MSS, pelanggan bukan hanya mempunyai keselamatan bertaraf dunia tetapi boleh mengharapkan penjimatan sehingga 50 peratus dalam kos operasi yang ditanggung oleh pengurusan dan bahagian keselamatan dalaman," katanya.

Tags / Kata Kunci: AIMS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan