suria

FedEx Ungguli Syarikat Logistik Asia Pasifik

KUALA LUMPUR: FedEx Express (FedEx), anak syarikat FedEx Corp, menduduki tempat pertama dalam kalangan semua peserta logistik di rantau ini, untuk tahun ketiga berturut-turut, dalam kajian Jenama Top 1000 Asia-Pasifik 2014.


Secara keseluruhan, FedEx Express, syarikat pengangkutan ekspres terbesar dunia adalah yang ke-57 dalam kalangan 1,000 jenama yang mengambil bahagian dalam kajian itu, menurut syarikat dalam kenyataan, pada Jumaat.

Kajian tersebut berdasarkan kajian dalam talian yang dibangunkan oleh Nielsen, penyedia pandangan dan maklumat global.

Kajian itu mengkaji sikap pelanggan dalam 13 pasaran di seluruh Asia Pasifik dan kedudukan jenama ditentukan berdasarkan maklum balas kepada soalan yang meminta responden menamakan jenama pertama dan kedua terbaik yang terlintas dalam fikiran mereka mengikut kategori.

"Dengan menumpukan kepada penghantaran yang cepat dan boleh dipercayai bagi setiap pakej dalam rangkaian kami, kami telah membina reputasi pelanggan yang cemerlang di Asia Pasifik," kata Presiden FedEx Express bagi Asia Pasifik David L. Cunningham Jr.

"Menjadi yang pertama dalam kalangan rakan-rakan industri kami dalam pasaran merupakan satu pencapaian penting yang boleh dibanggakan oleh seluruh pasukan," katanya.

FedEx Express, logistik, Asia Pasifik

Artikel Berikut

Artikel Lain