suria

Nasim Anjur Pandu Uji Peugeot Sempena Raya

KUALA LUMPUR: Nasim Sdn Bhd menganjurkan Pandu Uji Peugeot Hujung Minggu sempena Raya di seluruh negara pada 5-6 Julai bagi kenderaan sport utility dan kenderaan pelbagai guna (MPV).

Pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia itu berkata pelawat boleh memandu uji model terbaharu Peugeot yang menerima anugerah seperti 2008 Urban SUV, 3008 SUV dan 5008 MPV, yang dilancarkan pada separuh pertama 2014.

Ia berkata model-model itu adalah model paling laris yang diedar Nasim dengan menyumbang 22 peratus kepada jumlah jualan syarikat setakat ini tahun ini dan syarikat sedang berusaha untuk mencapai sasaran jualan sebanyak 7,000 unit.

Model promosi Raya, yang sah sehingga 31 Julai, 2014 adalah model premium 208 dan 408 Turbo S serta 508.

Untuk tempoh promosi itu, model 208 lima pintu dijual pada harga RM79,000, 408 Turbo S (RM107,000) dan 508 premium (RM155,000), semuanya harga di atas jalan tanpa insuran, kata Nasim.


Peugeot

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain