suria

MAIWP Sasar RM8.1 Juta Zakat Fitrah Ramadan Ini

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyasarkan sebanyak RM8.1 juta kutipan zakat fitrah pada Ramadan kali ini berbanding RM7.7 juta pada tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata jumlah kutipan mampu dicapai ekoran MAIWP kini mewujudkan pusat pandu lalu (drive through) zakat fitrah di 10 masjid sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Lokasi pusat pandu lalu itu dipilih berdasarkan prestasi kutipan zakat yang diperoleh pada tahun lepas.

"Ini sekaligus memberi kemudahan kepada orang ramai untuk membuat bayaran zakat tanpa perlu turun dari kenderaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Agihan Zakat (PAZA) Baitulmal MAIWP di Bandar Tun Razak di sini, pada Isnin.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Zainal Abidin Jaffar.

MAIWP menetapkan bayaran zakat fitrah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tahun ini ialah RM7.

Mengenai PAZA, Jamil berkata ia bagi memudahkan urusan golongan asnaf, terutama warga emas dan yang mempunyai masalah kesihatan, memohon bantuan tanpa perlu ke ibu pejabat Baitulmal. 


Maiwp

Artikel Berikut

Artikel Lain