suria

YGL Rancang Bangunkan Perisian Bertaraf Dunia

GEORGE TOWN: Pemaju perisian tempatan, Convergence Bhd merancang untuk membangunkan perisian bertaraf dunia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yeap Kong Chean.

Beliau berkata, syarikat itu bersedia bersaing dengan syarikat antarabangsa, dengan melabur dalam pembangunan perisian sejak 10 tahun lalu.

"Kami perlu menjadikan perisian itu bertaraf dunia dan selepas itu kami perlu melalui proses pemasaran tertentu untuk memberitahu orang ramai yang terdapatnya perisian seperti itu di pasaran.

"Kadangkala anda mempunyai produk, tetapi orang ramai tidak tahu mengenai produk anda. Kami juga perlu meyakinkan orang ramai yang perisian ini baik. Kami sudah pun melalui proses seperti ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini, Isnin.

Yeap berkata, adalah sukar untuk mempromosi produk Malaysia kerana pelanggan suka membandingkannya dengan produk antarabangsa.

"Sukar untuk menukar persepsi. Kami cuba memberitahu orang ramai yang kereta Proton boleh memecut sama laju atau kadangkala lebih laju daripada Mercedes Benz. Itulah apa yang kami cuba lakukan," katanya.

Yeap berkata, syarikat itu telah membangunkan perisian dengan fungsi dan ciri-ciri Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dan ia sudah dijual kepada pengeluar, farmasi, hotel, akauntan awam dan syarikat multinasional di antara RM500,000 hingga RM1 juta.

"Ini sebenarnya memberi kelebihan untuk bersaing kepada YGL kerana kami memiliki kod lembut. Untuk anda melakukan pengkhususan ke atas CBP, anda perlu mempunyai kod lembut anda sendiri," katanya dengan menambah syarikat itu juga merancang untuk menceburi ruang mudah alih.


YGL

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain