Kosan Catat Pendapatan RM18.5 Juta Tahun Lepas

Diterbitkan: Sabtu, 28 Jun 2014 3:09 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (Kosan) mencatatkan jumlah pendapatan sebanyak RM18.5 juta pada tahun lepas, kata Menteri Belia dan Sukan negeri Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Tawfiq yang juga Pengerusi Kosan berkata daripada jumlah itu, keuntungan bersih yang dicatatkan ialah RM2.5 juta atau 30.4 peratus.

"Sikap berjimat cermat selain langkah meningkatkan pendapatan melambangkan kewibawaan untuk membawa Kosan ke tahap lebih maju selaras dengan pelaksanaan tranformasi dan berhemah," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Kosan ke-31 di Wisma Muis di sini, Sabtu.

Katanya pemberian bonus dua bulan gaji akan dinikmati angggota pengurusan dan kakitangan Kosan selain dividen, syer bonus dan bantuan am 1KOSA N(BA1K) sebanyak RM200 kepada setiap anggota.

Menurutnya, selain memberi sumbangan kepada badan-badan kebajikan, Kosan turut terlibat dalam membantu mangsa kebakaran dan banjir di negeri ini.

"Kosan juga merancang untuk mengeluarkan pelbagai produk pakaian daripada bahan yang bermutu tinggi.

Perbincangan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta turut dijalankan untuk membekalkan baju korporat dan kasut," katanya.


Tags / Kata Kunci: Kosan

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan