suria

Pengilang Tempatan Yakin Keadaan Perniagaan Separuh Kedua

Saw Choo Boon

KUALA LUMPUR: Pengilang di Malaysia lebih yakin keadaan perniagaan pada separuh kedua 2014 dengan jualan dijangka meningkat dan kos pengeluaran berkurangan berbanding enam bulan pertama, demikian menurut Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM).

Presidennya Datuk Saw Choo Boon berkata persekitaran perniagaan dijangka semakin rancak pada enam bulan akan datang seperti digambarkan oleh Indeks Keadaan Perniagaan yang melonjak kepada 117 daripada 106 pada separuh kedua 2013.

"Unjuran jualan pada separuh kedua 2014 dijangka menggalakkan, walaupun kebanyakan daripada pengilang menjangka jualan kekal sama di dalam dan di luar negara pada enam bulan akan datang," katanya.

Bercakap pada taklimat media mengenai Tinjauan Keadaan Perniagaan FMM-MIER untuk enam bulan pertama 2014, beliau berkata keadaan perniagaan separuh pertama tahun ini kekal pada 95 mata, susut tiga mata dan 13 mata berbanding separuh kedua 2013 dan enam bulan pertama 2013 oleh kerana kenaikan kos.

Bagaiamanapun, kos pengeluaran dijangka menjadi sederhana pada bulan-bulan akan datang, dengan enam daripada 10 pengilang menjangka kenaikan dalam kos pengeluaran mereka, berbanding tujuh daripada 10 pada separuh kedua 2013, kata Saw.


FMM

Artikel Lain