Malaysia Cadang Tubuh Dana Inovasi Dan Kreativiti Islam IDB

Diterbitkan: Rabu, 25 Jun 2014 11:23 PM

Ahmad Husni Hanadzlah.

(Ubah saiz teks)

JEDDAH: Malaysia telah mencadangkan penubuhan sebuah Dana Inovasi dan Kreativiti Islam bagi Bank Pembangunan Islam (IDB) untuk mengatasi secara strategik isu kemungkinan berlaku peningkatan pengangguran dalam kalangan beliau di negara-negara anggota.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, mengemukakan cadangan itu semasa sesi kerja Lembaga Pengelola IDB di sini Rabu.

"Dana itu boleh digunakan untuk melabur dalam syarikat-syarikat baru bermula yang dipelopori oleh usahawan muda, dengan menyediakan pinjaman dan geran untuk membiayai inovasi mereka, dari pembangunan produk hinggalah kepada pengkomersialan," katanya.

Beliau berkata dengan menggalakkan keusahawanan dalam kalangan beliau Islam di seluruh dunia, IDB boleh mengatasi isu ini secara strategik.

"Pengangguran dalam kalangan beliau adalah satu daripada cabaran global yang dihadapi sejak krisis ekonomi global. Kadar pengangguran dalam kalangan belia dunia semakin meningkat, daripada 12.3 peratus pada 2011 kepada 12.4 peratus pada 2012 dan mencecah 12.6 peratus pada 2013.

"Menjelang 2018, kadar pengangguran belia dunia diunjurkan meningkat kepada 12.8 peratus dan negara-negara Islam yang membangun di seluruh dunia tidak terkecuali daripada arah aliran ini," katanya. 

Ahmad Husni berkata IDB haruslah memupuk usahawan muda dengan membiayai syarikat baru bermula yang terlibat dalam pembangunan produk dan perkhidmatan inovatif dan kreatif.  

Dana ini juga boleh bertindak sebagai pemudah cara dan membantu dalam mewujudkan hubungan antara usahawan-usahawan muda di negara-negara anggota IDB.

"Kita harus adakan peluang bagi warga muda kita kerana dengan pendidikan, mereka boleh pergi jauh.

"Dalam sebuah ekonomi, dengan keusahawanan akan ada rakyat yang mengembangkan perniagaan dan ini akan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan menghasilkan faedah sampingan.  

"IDB harus mula mencipta model untuk menubuhkan dana ini dan mengenal pasti siapa kumpulan sasarannya," katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Husni berkata IDB mesti mengkaji negara-negara yang sesuai untuk melaksanakan ekonomi kreatif dan inovatif berikutan negara dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mempunyai tahap pertumbuhan ekonomi yang berbeza.

Berkongsi pengalaman Malaysia, beliau berkata negara telah menubuhkan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) selepas menyedari ia tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada pengeluaran atau berada pada paras yang rendah rantaian bekalan.

"Kami telah mengenal pasti trend ekonomi yang seterusnya akan berdasarkan inovasi dan kreativiti.

"Justeru, kami menyediakan latihan dan hubungan kepada usahawan muda terpilih kami dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kami. Apabila mereka mempunyai produk yang sesuai, hubungan dengan pasaran akan tersedia ada," katanya.

Di bawah agenda ekonomi Bumiputera, beliau berkata Malaysia menubuhkan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), yang menganjurkan suatu bentuk pertandingan bagi usahawan tempatan, dan produk terpilih akan dihubungkan dengan GLC untuk mendapat akses kepada pasaran.

"Negara-negara anggota IDB yang berminat boleh datang ke Malaysia untuk membiasakan dengan model kami tetapi mereka perlu menyesuaikannya mengikut keperluan khusus mereka sendiri," kata Ahmad Husni. 

Sempena sambutan Ulang Tahun Ke-40 IDB, beliau berkata bank itu telah melaksanakan tugas yang besar dalam tempoh 40 tahun untuk membantu membangunkan dan mempromosikan pertumbuhan sosio ekonomi negara-negara anggota.  

Teras usaha ini ialah membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup seperti pendidikan dan kesihatan untuk kebaikan ummah," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan