Pendapatan Suria Capital Pada 2013 Atasi Tahun Sebelumnya

Diterbitkan: Selasa, 24 Jun 2014 7:22 PM

Sabah Ports antara anak syarikat Suria Capital Holdings Bhd.

(Ubah saiz teks)

SEPANGGAR: Pendapatan Suria Capital Holdings Bhd bagi 2013 naik kepada RM263.33 juta daripada RM262.93 juta pada tahun sebelumnya, kata Pengarah Urusan kumpulan, Datuk Dr Mohd Fowzi Razi.

Mohd Fowzi berkata, prestasi yang lebih baik itu hasil daripada peningkatan jumlah kargo cecair dari pelabuhannya di pantai timur Sabah dan pengendalian kontena yang lebih tinggi di pelabuhan kontena Teluk Sapangar.

"Keuntungan sebelum cukai kumpulan tahun lepas meningkat 18.8 peratus kepada RM82.31 juta berbanding RM69.28 juta pada tahun sebelumnya," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini, Selasa.

Beliau berkata, operasi pelabuhan, yang merupakan penyumbang utama Suria, menjana 85.2 peratus daripada pendapatannya; logistik dan perkhidmatan bunker (10.6 peratus); operasi terminal feri (dua peratus); serta kontrak dan kejuruteraan (1.3 peratus).

"Anak syarikat kami, Sabah Ports Sdn Bhd, yang mengendalikan lapan pelabuhan utama di negeri ini, mencatatkan pendapatan sebanyak RM220.5 juta dan keuntungan kasar RM104.2 juta pada tahun lepas.

Mohd Fowzi berkata, kargo tanpa kontena, bagaimanapun, mengalami penguncupan kecil pada 22.50 juta tan metrik (MT) daripada 22.52 juta MT pada 2012 disebabkan oleh pengurangan dalam operasi dermaga.


iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan