Damai Hotel & Suites Bakal Dibina Di Kota Baharu

Diterbitkan: Selasa, 24 Jun 2014 5:28 PM

Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra (kanan) berkenan merasmikan Majlis Pecah Tanah Damai Hotel dan Suites di sini, Selasa.

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Syarikat Usahasama Seri Cemerlang Sdn Bhd akan membina hotel bertaraf lima bintang, Damai Hotel & Suites, di Kota Baharu dengan kos pembinaan yang dijangka mencecah RM300 juta.


Pengarah Urusannya, Masila Mohamed Ariff berkata, hotel itu yang terletak di Jalan Telipot, di sini, akan dibina berkonsepkan seni bina Islam dan operasi juga akan berlandaskan ciri-ciri Islam.

"Kita bina konsep ini sesuai dengan landskap budaya dan resam di negeri ini yang berpegang teguh dengan ajaran Islam sebagai amalan kehidupan di Serambi Mekah," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Damai Hotel dan Suites, Kota Baharu di sini, Selasa.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra dan turut dihadiri pengerusi syarikat itu Tengku Fatihah al-Marhum Sultan Ibrahim.

Beliau berkata, kerja pembinaan hotel setinggi 30 tingkat, milik penuh anak jati Kelantan itu, akan bermula pada akhir tahun ini dan dijangka beroperasi pada 2018.

"Ini merupakan projek pertama syarikat dalam bidang perhotelan. Jadi kami harap sambutan yang menggalakkan dari semua pihak," katanya.

Sementara itu, Masila berkata, lebih banyak program antarabangsa boleh diadakan di negeri ini dengan terbinanya hotel berkenaan.

"Kita akan ada dewan yang mampu menampung seramai 1,000 peserta untuk satu-satu masa selain adanya bilik untuk seminar dan mesyuarat.

"Ia juga dapat menjana ekonomi di negeri ini dengan lebih ramai pelancong akan datang ke Kelantan," katanya.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan