suria

Dupont Terima Pengiktirafan Bagi Nilai-Nilai Terasnya

KUALA LUMPUR: Syarikat sains berasaskan teknologi dan penyelidikan global, DuPont yang berpangkalan di Amerika Syarikat, pada Isnin menerima pengiktirafan daripada Institut Integriti Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan rakan perniagaan bagi budaya dan nilai-nilai terasnya.

Menurut kenyataan syarikat itu, nilai terasnya ialah keselamatan dan kesihatan, penjagaan alam sekitar, menghormati orang lain dan mengamalkan etika tingkah laku yang tinggi.

Ia turut memupuk budaya integriti dalam kalangan tenaga kerja yang pelbagai.

Pengawal selia memberi penghargaan kepada syarikat itu pada kempen, "Komited Kepada Sifar" yang diadakan di ibu pejabat operasi DuPont Malaysia yang baharu di KL Sentral.

Pengarah Urusan DuPont Malaysia Ong Ewe Hock dalam kenyataan berkata kempen itu merupakan satu langkah ke hadapan dalam mengukuhkan kehadirannya di Malaysia. 


Dupont

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain