suria

Sime Darby Property Diumum 10 Pemaju Terbaik Asia

KUALA LUMPUR: Sime Darby Property Bhd sekali lagi tersenarai dalam 10 Pemaju Terbaik bagi Anugerah Asia BCI 2014 kerana komitmennya terhadap pembangunan mampan, menjadikan kemenangan ini kali keempat berturut-turut.


Pengarah Urusannya, Datuk Seri Wahab Maskan berkata, pengiktirafan ini akan memberi peluang kepada jenama itu untuk mengukuhkan kehadiran dan reputasinya di peringkat antarabangsa.

"Kami telah meluaskan capaian kami, terutama di London dengan Stesen Jana Kuasa Battersea, projek pembangunan bersama yang menjadi pencapaian ikonik dalam kemampanan," katanya dalam satu kenyataan.

Anugerah itu, diterajui Building and Construction Information (BCI) Asia, bertujuan mengiktiraf usaha 10 syarikat seni bina dan pemaju terbaik di Asia.

Sepuluh Pemaju Terbaik di setiap negara dinilai berdasarkan jumlah nilai agregat projek dalam pembinaan sepanjang 2013 dan pemenang berdasarkan kemampanan projek serta pensijilan hijau. 

Artikel Lain